.:About Me:.

My photo
Kami menyediakan hanya yang istimewa utk pelanggan kami.

Pengumuman Penting

@~>~~~PENGUMUMAN PENTING~~~<~@

Kepada para pelanggan yang bercadang untuk membuat sebarang tempahan daripada kami, ingin dimaklumkan di sini bahawa, lokasi pengambilan tempahan anda adalah di Plaza Bukit Damansara (berdekatan dengan Pusat Sains Negara), pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada pukul 9.00 pagi - 6.00 ptg.

Sekian, terima kasih...

Saturday, March 11, 2017

Senarai Harga Produk Orkedelight 2017


Assalamualaikum

Dah bertahun tak update blogspot ni. Tak sempat pon ye, malas pon ye...Dah tua-tua ni, balik kerja je malas nk mengadap komputer...Kat ofis ngadap komputer, takkan kat rumah pon sama..Jemu mehhh...

Ok..dh dah...tak payah nak offtopic sangat. Hari ini punya mission nak update harga produk di Orkedelight. 

Bagi mereka yang tak tahu, kami bukan sahaja menerima tempahan untuk gubahan bunga agar-agar kering. Berikut adalah produk kami yang lain:
  • Muffin
  • Kek cawan
  • Kek
  • Popia simpul
  • Kuih siput
Buat pengetahuan semua, kami hanya membuka tempahan untuk popia simpul dan kuih siput seawal 1 Ramadhan sehingga 12 Ramadhan sahaja (setiap tahun) dan tempahan adalah terhad. Selain daripada popia simpul dan kuih siput, lain-lain produk kami adalah sepanjang tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember.

Berbalik pada harga. Memandang kos sara hidup semakin bertambah...dan ramai yang merungut harga barang semua mahal...maka kami pon terpaksalah  mengemukakan harga baru. Sila rujuk di tab Pricing untuk harga yang terkini atau klik di sini.

Oklah...mata dah mengantuk...ingat nak layan Duplicate..tapi...lain kali lah...
Sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment

Connect with Us