.:About Me:.

My photo
Kami menyediakan hanya yang istimewa utk pelanggan kami.

Pengumuman Penting

@~>~~~PENGUMUMAN PENTING~~~<~@

Kepada para pelanggan yang bercadang untuk membuat sebarang tempahan daripada kami, ingin dimaklumkan di sini bahawa, lokasi pengambilan tempahan anda adalah di Plaza Bukit Damansara (berdekatan dengan Pusat Sains Negara), pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada pukul 9.00 pagi - 6.00 ptg.

Sekian, terima kasih...

Tuesday, June 11, 2013

Kuota Tempahan


Salam kepada semua pengunjung blog ini. Memang dah lama tak update blog ni, sbb tuan tanah tak cukup masa dan tangan nak update blog ni. Harap faham la ye.

Cuti sekolah kelmarin, ada a few orders yang kami terpaksa tolak atas kerana kesuntukan masa dan kuota tempahan yang sudah penuh. Sebenarnya, kuota ini wujud bagi mengekalkan kualiti gubahan bunga agar-agar ini. Kang amik semua tempahan, ada jugak yang tak berpuas hari sebab tak cantik/tak sempurna atau tidak menepati permintaan pelanggan. 
Ini amat kami khuatiri. 

Bagi mengekalkan kualiti produk kami, kami hanya menerima sejumlah tempahan yang kami rasa kami mampu. Jadi, harap semua faham akan situasi ini ye!

Bagi mereka yang telah mencuba beberapa kali menempah tetapi ditolak, kami mohon ribuan maaf di atas ke tidakupayaan kami menerima tempahan tersebut. Oleh yang demikian, kami nasihatkan sekiranya tempahan anda agak besar/banyak, supaya dapat menempah lebih awal (sebulan atau lebih) agar pihak kami dapat menyiapkan tempahan tersebut pada masa yang ditetapkan.

Oklah, masa dah sampai nk p hantar tempahan bunga untuk wiken ini. 
Bye dan Assalamualaikum semua....


1 comment:

Connect with Us